Best deal in town!!! Click dekat sini tauu :D

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 21, 2015

The 4th month

Bila baby dah empat bulan.


Asik nak orang main dengan dia je.

Tapi mama dah risau susu tak banyak ni Taarique. Haihh -___-"

But still aku pump jugakk tapi tak nak banyak pun susu. Dah makan dah minum berliter air tapi susu sikit je.

Baru ni order lactation cookies dari mommoremilk.com. Hopefully berhasillah. Huuuu tak sabar nak dapat cookies and brownies ni. Nyammm.

Saturday, April 25, 2015

Aqiqah Taarique Daniel










Mama fou routine

Balik keje amik hasben dekat KL Sentral.

Dari KL Sentral terus rumah nanny baby Taarique.

Ambil Taarique, pastu dinner dulu before balik rumah.

Balik rumah tidurkan baby.

Baby tidur baru basuh botol susu, simpan susu yang pam kat opis tadi dalam freezer, basuh baju baby, angkat baju baby yang semalam, lipat baju baby.

Kemas rumah sikit. Itu pun kalau rajin.

Kemas bag baby untuk besok.

Pam susu kalau rasa susu banyak lagi.

Main handphone. Tengok instagram, kot kot ada baju comel ke, nak raya kann. Hewhew. Layan chat mane yang rase nak layan.

Habis pam, simpan susu dalam freezer. Basuh segala mak nenek pam susu tu. baju dah basuh kena sidai pulak.

Dah sidai baju sambung main handphone sambil tertido. Ngehngehngeh.

Malam terbangun baby dah bising nak susu. Bagi susu tido balik.

Tiba-tiba dah pukul 5 baru ingat tak solat isyak lagi. Bangun solat terus kemas bag pam aku. Masukkan botol susu dalam bag baby. Cek2 barang cukup tak untuk baby.

Pegi mandi siap2 nak pegi keja.

Baby dah bangun tukar pampers and bagi minum susu.

Pastu keluar rumah hantar baby pergi rumah nanny.

Terus pegi keja hasben bawak sampai KL Sentral. Dia turun kat situ aku terus pegi keja.

Habis keja ulang balik yang kat atas tuu. Huuuuu

Belanja satu gambar Taarique masa aqiqah hari tu.

Bai.

Monday, April 13, 2015

New parents

Still tak boleh nak percaya je aku dah terberanak seketul baby yang bernama Taarique Daniel nih.


Tiba2 je dah nak masuk tiga bulan. Hehuu. Baby pun dah pandai nak cakap2 ngan orang. Pandai dah duduk senyap dalam rocker tu even tak lama sangatlahh. Bolehlah biarkan baring je dia okay diam2 tapi tangan tak dok diam lahh.

Lepas ada baby ni nak mandi ber-scrub bagai jangan mimpilah. Nak lalala dididi kat toilet tu tak payahlah letak harapan sangat. Nak enjoy makan pun tak boleh. Haihh.

Bukan nak merungut tapi nak cakap reality of having a baby. Aku tidur pun pukul 10. Kalau baring pukul 9.30 malam tu pon boleh gone dahh. Pagi pukul 5 lebih dah kena bangun. Kalau tak bangun ada orang bangunkan T____T

WHERE IS MY BEAUTY SLEEEEPP

I NEED MY BEAUTY SLEEEEEP NOWW.

Bila nak keluar makan mesti fikir seribu kali.

Kesian baby tido.

Nanti die bangun cemane?

Nanti aku nak makan cemane?

Kalau die nak susu cemane? Even kat donia ni dah ada nursing cover kau rasa kau tak malu sangat ke main selak2?

Paling aku risau sekali part tulah sebab aku rasa aku masih tak berapa nak confident nursing in public. Kamonlah kalau aku yang breastfeed anak ni pon batak tengok orang menyusu inikan lagi diri sendiri nak buat, kamonnn.

Lepas tu bila ada baby ni mulalahh nak ambil tahu baby wearing lah, cloth diaper lah, power pumping lah, apapelah berkaitan baby. Yang paling tak sudah2 tu tengok baju baby. Aduhai. Syukur dapat baby boy. Kalau dapat baby girl, habissss.

Lepas tu mulalah verangann nak buat baby blanket lah, playmat lah, soft toys lah, apapelah yang aku boleh jahit guna mesin jahit yang bakal tiba dalam bulan Jun, insyaAllah. Ngeh ngeh ngehh

Ghupenye lebih kurang mcm nilahh wehoo


Tapi yang paling best sekali aku baru tahu yang cloth pad tu pon ada banyak brand hehehe so aku ada beli tiga bijik dari bamboolite. So far okay je tapi bodohnya beli cover color2 sebab kalau period ke apa tak nampak. Haihhh

Lepas tu aku beli Charlie Banana punya regular pad and liner. Tak sabar nak gunaa. Ehh? Kalau beli untuk maknya mesti beli sekali untuk anaknya kann hewhewhew

Aku bace kalau nak start cloth diapering, kena ada at least 12 - 18 pieces of cloth diapers. Haihh aku baru ada 6 ketul. Huhu kalau nak tambah sedialah duit lime ratus yerrr. Huuuuu pastu sebabkan aku pemalas, tak start2 lagi. Haihh

Takpelahh, insyaAllah mggu depan aku nk start on the weekend senang nak monitor.

Hehehehe wish me luck!

Saturday, March 21, 2015

A little surprise....


Kalau ada yang belum tahu, saya telah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel pada 19 January lepas.

Alhamdulillah dapat bersalin normal dan baby sihat sangat. Cuma sebab aku deliver during my 37th week so baby kena prolonged jaundice T__T

Sedihnya kena masuk hospital kena phototheraphy. Lepas tu yang palig seksa sekali sebab prolonged jaundice so kena cek darah and air kencing. Kena air kencing kotor pulak dahh.

Salah kami new parents kan tak tau ape. Dengar orang cakap je susu kambing bagus. Memanglah bagus. Untuk maknya bukan anaknya. So kitorang ingat ok bagi susu kambing kat baby. Hemmpphhh. Rupanya lepas adik aku pergi kursus kawin hari tu ada pegawai kesihatan bagitahu kandungan protein dalam susu kambing tu tinggi tak seswai utk baby. Huaa lagi. Tu yang baby kena kencing kotor sebab protein tinggi dalam air kencing.

Lagi satu problem pulak, susu aku tak berapa nak banyak so kenalah campur dengan susu formula. Mahal pulak tuuuu. Aduhai. Aku pun risau cemane nak bagi susu time keja nanti. Haihh nangis lagi. Nangis dalm hati je tauu bcos iols tak menangis depan orang tauu *elehh konon*

Hahahaha

Lepas tu bila risau macam2 mulalah google jumpa freemie. OMG ekcited gilaa dapat pakai. Tak sabar2 lah nak pump untuk next session.

Tu jelah nak bagitahu.

Jap nak letak gambar latest baby Taarique Daniel.


Bai.

Thursday, December 4, 2014

1148

Welcoming December......




Thursday, November 27, 2014

1144

Robin yang semakin membesar menggemuk.

Gambar laki bini cuti-cuti mesia kat Penang.

Gambar cendol cantik makan dekat Penang. Heh.

Gambar jambatan mesti kena ada kalau pergi Penang. Next year, insyaAllah datang lagi... Eh?

Gambar shelfie diambil selepas berpenat lelah membanting tulang gotong royong bersihkan rumah. 

Ehem. 

Gambar laki bini pada hari pernikahan abang Jijan.

Abang Jijan dan bini.

Gambar family. 

Souvenir paling unik aku pernah dapat dari rumah pengantin. Table centrepiece ni DIY oleh bapak pengantin perempuan. Omaigaddddd I LOIKE.

Tu jelah recap for November. Tak sempat nak ber-Movember. Hehehe

Anyway, congrats to Jan and Nadia. Have a bless marriage. Semoga berkekalan hingga ke Jannah.

Sekarang aku yang tengah bersarat ni memang sumpahlah rase nak beranak sekarang jugakkkk. Huaaaaaa. Setiap malam tidur tak lena nak makan pon tak best. Nak buat kerja ape pon tak syok. Lagi-lagi bila dekat opis. Huaaaaa. 

Apape pun, doakanlahh semoga semua dipermudahkann. Amin.







Monday, October 13, 2014

1095













Dah lama tak update. And currently with 23weeks pregnancy. Nothing much happenned during the last couple of months.

Still macam tak percaya boleh pregnant during my early days. Sebab sangat tak mak mak kann. Bila dah 5months++ ni baru nak percaya. Ehh. Hahaha. Baru nak percaya ada makhluk hidup dalam perut ni. Haha. 

Tapi syukur Alhamdulillah for the miracle. Bila test tu macam ehhh boleh dua line pulak sebab banyak kali test tak pernah dua line. Hohoho.

Syukur jugak sebab morning sickness tak terukk. Kelaparan yang teruk. Tapi during ramadhan I lost 4kgs, man! Maybe sebab tak lalu nak makan lepas tu Paeng kena buat nasi goreng untuk sahur kalau tak tak lalu nak makan. Hehehe. 

Aku yang dah memang sedia malas ni lepas peknen jadi lebih pemalas. Tapi mestilah kena rajin jugakk siapa nak buat kerja rumah takkan nak harap laki aku sorang yang buat kannn hahahaha

Tapi tengah peknen aku asyik nak makan eskremm jee hahaha.

InsyaAllah due end of January. Doakan aku smooth delivery. Amin.



Saturday, May 10, 2014

941

Robin yang makin membesar. Haih makin nakal.

Hari tu sampai awal ofis purposely pergi stabak nak beli hot latte pasal nak white cup ni pasal geram tengok orang lain buat.

Front and back using Artline marker black and gold. Ini more to Kate Spade inspired. Tapi sebab sekarang hot design and style kaler gold so aku guna gold marker. It did make a lot of difference compared to kalau polkadot black and white kann. Hmmmm.... Sorilah iols tak pandai melukis or doodle itu yang hasilnya macam budak enam tahun punya. Heh.

Aku tengah fikir-fikir nak letak langsir dekat dapur tu sebab tingkap tu macam kosong so mestilah nak letak something. Lepas tu jumpa kitchen curtain ideas dekat pinterest guna tea towel. OMG. Aku ada banyak sayang nak guna buat lap tangan kaki meja. Hahaha.

Beli je tea towel tu sebab cantik from Typo. Harga dia RM15 with any purchase. Kalau tak sehelai RM30. Mahal kan? Lepas tu cantik pulak tu. Kann??

Hari tu dia keluar design baru aku beli jugak tapi sekeping aje sebab nanti tak guna buat apa. Kain lap dekat dapur aku pakai towel good morning tu je. Besar pastu kuasa serapan superb jugak. Lepas tu murah tak heranlah nak lap segala. Heeheheh and of course masuk Remodelista designer kuar towel good morning dia berharga entah berapa puluh dollar sebijik. Aku beli kat Tesco baru tak sampai soploh hengget dapatlahh beberapa keping tak ingat.

Currently, aku tengah cat cermin RM30 yang hubby beli masa Equotorial hotel nak renovate hari tu. Sekali set lah tu dengan kerusi rotan dua bijik tu. Dengan side table dua bijik jugak and a lame table lamp. Tapi side table tu belum fikir nak buat apa.

Aku lupa letak mana masking tape aku guna washi tape aje. Haihh. Tapi kalau tak habis-habis washi tape aku tak boleh lah beli baru. Eh? Hahahahahaha

Aku harap the cermin turn out well lah pasal malas nak repaint ke apa. Mulanya nak kaler kuning tapi nanti susah pulak nak match dengan barang rumah even though kerusi makan tu kaler kuning. Hmmmm.

Sekarang planning nak kemas dulu bilik yang lagi satu yang buat sumbat barang tu. Hahahaha.
 
Lepas tu teringin nak buat terrarium ke ape ke macam ni.



Cakap dengan hubby nak pergi Cameron Highland nak beli cactus banyak-banyak. Hehehe lepas tu hari ni hubby balik dia bawak balik 3 bijik cactus. So sweet.

Takpelah susun macam ni dululah before beli bekas besau sikit. Hahaha.

Lagi satu, aku baru start pakai Photoshop Express app. Sumpah filter lawa gile. Hahaha. Super loike.

Okbai.



Monday, May 5, 2014

935



Wedding Azah dekat Port Klang pastu bila jumpa ex-skoolmate yang batak nak pakai monopod macam nilahh. Lol.

Makan-makan dekat Pizza Hut with colleagues. Pasalnya ada satu team tu menang treasure hunt hari tu so nak share makan-makan. Soo sweet. Awwwww.

Ini buat banana chocolate shake pasal hubby beli pisang nak buat cekodok. Beli banyak sangat. Pisang tak boleh biar lama nanti buruk. So potong-potong masuk freezer. Bolehlah buat smoothies or whatever chu'ols sukaa.

Sekarang I cant stop thinking about painting the doors in the house. Haihh.





Gambar sumber pakcik google ehh.

Crazayyy over these doors. But of course lah kan aku taklah daring sangat kan nak buat pintu macam tu tapi yang chevron tu cantik sangattt aaaaaaaaaaa.

Kalau chu'ols ghaye umah iols tahun ni nanti iols punya pintu bergaya baruu lahh ekk heehehehehehhehehe

Okbai.
Daisypath Anniversary tickers