Best deal in town!!! Click dekat sini tauu :D

Monday, March 12, 2012

Lima.

14.03 nanti adalah aniberseri aku yang ke 5 bulan. Wahhh dah 5 bulan aku kawin. Sebenarnya dah lost count. Dan xpernah mengira.

Hari tu, aku nak balik terjumpa colleague Paeng ni tanya dah berapa bulan kawin.. Baru terhegeh2 aku nak kira. Pastu akak tu kate, lahhh tak ingat ke berapa bulann??

Haaaaa padan muka.

Tak kisahlah. Tapi yang penting aku bahagia. Hahahahaha. Makin memboroi ade. Kalau ade baby yelah tak pe. Ni penuh dengan lemak ape bendaa???



Gambar hiasan


Masak pun bukan slalu. Maklumlah busy body. Memang ala2 business woman gitu. Hahahaha. Paeng pun sama. Kate sehati sejiwa kenalah kembang same2 tapi lelaki kan metabolism rate tinggi, makan lah banyak mana pun tak lah kembang macam pompuang.

Rasa macam baru kawin. Ada hati nak belek2 album kawin yang aku buat sendiri. Siap letak sebelah katil. Agak2 nak tido selak2 lah kejap. Yelahh terkenangkan zaman jadi artis selama satu setengah hari. Hohohoho glemer ko nyahhh!!

Tak macam artis pun kalau nak panggil celebrity pun boleh. Tapi confirm bukan celebrity fitness. Gua tak fit punn. Kalau jadi kucing confirm orang sukaa. Tapi sebab bukan kucen so agak2 kedengaran jugak berkumandang perkataan yang boleh buat aku rase macam nak jadi kucen kann??

Ehhhhh dah nak tido lahh... Paeng tengok bola kat bawah. Malas lah nak teman. Ape benda tengok bola, bukan best pun. Tak faham lahh aku. Foul la. Offside la. Penalty la. Not in my dictionary. Dan rasanya tak perlu kot terhegeh2 nak tau. Hahaha

Oklah. Byeee.


Selamat bercuti kepada kawan2 yang masih bersekolah. Cikgu pun kira masih bersekolah sebab kena pergi sekolah kan.

Yesssss jalan clearrrr lah besokkkk!!!


Babai.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment