Best deal in town!!! Click dekat sini tauu :D

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label honeymoon. Show all posts
Showing posts with label honeymoon. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Korea - day 4

Hari ni bangun awal. Tapi tak awal pun. Hehehe.

Siap-siap nak pergi Lotteworld.

Bawak bekal ok?
Tengok orang makan hotdog terliurrrr tapi kan tak bolehhh T__T



Haaaaaaa theme park dia tak besar mana pun. Hari kitorang pergi tu diorang ada Mask Festival. So dapatlah jugak tengok.

Lapar gila masa kat sana even dah makan bekal roti sandiwch.

So dengan hati yang nekad dan tekad pergi department store dia.



Eh ehhh pergi kedai Coach pulakk. Kate laparrr.

Dok cari restaurant vegetarian.

Dapatlah makan bibimbap lagi. Tapi kali ni punya side dish tak berapa banyak sangat macam kat hotel tu.

Gambat kat camera lupa nak transfer.

Pastu balik hotel semayang rehat.

Petang naik shuttle bus Namsan city. Bas canggih gila charge battery ok? Hybrid ke? Aku pun tak sure.



On the way nak pergi N Seoul Tower, bukan Burger King je ada. Bike King pun ada!

N Seoul Tower tu atas bukit. Sakit tonkek jugakkk nak naik. Dahlah sejuk gilaaa. Adoi.



Cantik kan?

Kat sana trademark orang letak mangga banyak-banyak. Kitorang pun nak jugak.

Belilah mangga sebijik ₩4,500.



Haaa kena adalah tanda kitorang datang sini. Keh keh keh

Kat sini ada Teddy Bear Museum. Cerita pasal Korea history.

Gambar malas nak letak. Hehe

Pastu balik terbongkang lagi kat bilik.
posted from Bloggeroid

Friday, April 13, 2012

Korea - day 3

Pagi bangun lambat macam biasa. Mengaku bukan morning person. No good. No good.

Makan breakfast kenyang-kenyang. Nak beli makanan boleh. Bukan tak berduit. Tapi takut jelah kan. Kalau was was baik jangan makan.

Pagi-pagi tunggu shuttle bus pergi park. SEJUKKKK GILAAAAA.

Banyak gila tour bus skali ngan budak sekolah aku nengok ada.



Kan dah kata. Dah sampai. Tak caye?



Tak tipu ada snow ok??

Sejuk-sejuk pun mestila tunjuk muka eksaited. SERIOUS EXCITED. First time tengok snow original bukan snow house dekat Genting ka dekat iCity ka. BUKAN.

Kena naik cable car nak sampai atas tempat yang ada snow nih. Kat bawah pun ada gak tapi cam tahik gigi je.



Cantik sangat scenery dia. MashaAllah.



Pokok-pokok pun malu-malu je nak kuar bunga sebab sejuk lagi. Pokok pun tau sejuk. Huh. Apesal kau tak kuar lagi???? Hishhhh.

Pastu abis penat bergambau bagai. Kalau letak karang tak larat pulak nak nengoknyeee.

Naik shuttle bus pergi Sokcho city. Mestilah aku suka nak perabihh duit kann pergi beli stoberi kegemaran aku. Teghobanglah ₩11,000.



Tak kisahlah. Janji merasa.

Tunggu bas express nak balik Seoul boleh plak ada couple tua ni tegur aku tanya Malaysian ka? Ehh tak nampak ke aku dah gila style macam orang Korea boleh kata aku orang mesia. Haishhh ni mesti pasal orang mesia kat dahi masing-masing dah ada cop MALAYSIA. TAK BOLEH PADAM PUNYAAAA.

Sampai Seoul pergi check in hotel. Rehat kejap. Pastu pergi makan kat Itaewon.



Sorilahh aku jalan dengan orang warga India ahahahahaha



Sebab gua masih kaya raya so kitorang pergi makan kat Dubai Restaurant.



Malas lah nak letak gambar makanan sebab nanti karang korang yang terliur. Hehehehe.



Sebab aku baik, aku tunjuk gak ape aku makan. Cardon chicken paling sedap dan paling besar portion aku penah makan. Sekian terima kasihh.



Aku sukaaaa niii. Cantik kann??

Lepas makan aku pergi jalan-jalan dekat stream tu. Busuk jugak. Kata parit. Adoi. Air longkang tu dibuatnya fountain laa air terjun laa harummmmmm betul.

Pastu ada hati nak pergi Dongdaemun. Fuhhhh. Tak larat. Tapi sebab dah letih tak tengok sangat. Macam uptown je. Heh.

Penatnyaaa. Balik hotel terbongkang terus.

Tulah diari perjalanan saya pada hari ketiga. Herherherher.
posted from Bloggeroid

Thursday, April 12, 2012

Korea - day 2

Bangun pagi entah pukul berapa.

Siap-siap entah pukul berapa.

Kuar motel (motel pun tak tau nama apa sebab tulisan Korea ahaha). Murah je, satu malam  ₩35,000.



Pastu tanya-tanya orang nak pergi Seoul Station. Rupanya dekat sangat dengan motel. Jalan 10minit je. Ahahaha.

Pastu sampai Seoul Station, cari line yang pergi Express Bus Terminal Station.

Sampai je kat Express Bus Terminal, cari tempat jual tiket bas express pergi Sokcho city. Harga tiket memang best, ₩17,000 seorang. Huhu. Ni adalah 2 jam setengah dari Seoul.

Sampai je kat Sokcho bus terminal kenalah jalan sikit bagi kena angin laut yang sepoi-sepoi ala membekukan tulang. Nak naik shuttle bus pergi Sorak Park Hotel.

Tambang bas ni sekali baik ₩1,100 seorang. Pastu naik jelah.

Pastu sebab hotel tu kira atas bukit jugak, agak-agak tak larat nak naik berhentilah dulu makan berkelah kat bawah kejap. Ahaha.

Haaaaaaaaa sampai pun.



Lepas rehat-rehat tu, terasa lapar pulak sebab tak berkelah kan masa datang. Straight naik hotel sebab dah tak sabar nak baring-guling-baring.

So kitorang dengan hati yang penuh pengharapan boleh kot dapat makan fish n chips pun jadilahh sebab dah tanya manager tu restaurant serve Korean & western food.

Turun je pergi restaurant, punah segala harapan tapi perut dah lapar ni. Orderlah RICE WITH MIXED MOUNTAIN VEGETABLES SERVE IN HOTSTONE DISH.



Orang Korea panggil bibimbap. Yummmmmeehhhhh. Tapi sesetengah kedai ada serve daging sekali. Tapi hotel ni takde. Pork free kot sebab menu die langsung takde. Ada beef aje. Dengan seafood.

Lepas makan barulah ada tenaga jalan-jalan. Hehehe.

Jalan sampai petang aje. Malam takut sebab kawasan macam ape je. Orang datang pun sebab nak pergi Seorak National Park.

Kitorang nak pergi esoknya sebab petang dia tutup pukul 7. Ehehehe.
posted from Bloggeroid

Wednesday, April 11, 2012

Korea - day 1

Naik kapal terbang pukul 2.20pm.



Sampai pukul 8.20pm.

Custom clearence, baggage claim, naik train AREX dah sejam. Sampai Seoul Station pukul 11 lebih.

Amik cab sampai mana-mana nearest motel pak cik cab bawak tido terus.



Jangan lupa beli T-money. Macam touch n go gak. Senang naik public transport. So far cab je yang aku belum pernah pakai.

Kira day 1 aku cuma sampai Seoul, tido jelah ek? Hahaha
posted from Bloggeroid

Tuesday, February 8, 2011

honey, we rock!

Sesiapa yang dah menggatal, tak pun ade sikit 30% gatal nak kahwin macam ahkak nihh... pun belum nikah dah sebok carik tempat nak ber-hornymoon. Wahhhh tak nak kalah! Haha

Aku setakat nihh ade plan gak nak pegi honeymoon tapi pre-honeymoon dulu... honeymoon betul, aku plan nak pegi next year, insya-Allah. Kau belum kawin dah berie. Ehhh plan tu biar advance lebih sikit takpe, boleh nak adjust lagi kalau nak cancel ke tukar ke ape kann. Heh.

Macam biaselahh, ahkak pun teringin jugak nak merase kan hotel paling rock kat Mesia nihh kalau tak lain tak bukan Hard Rock Hotel.

Ehhhhhhhhhhh macam tak seswai pulak yee nak ber-hornymoon rock2 bagai kann?? Orang pegi honeymoon tempat romantic, sweet, tengok sunset lahh, berspa lahhh, ape lahh.. kau nak pegi ber-rocking bagai??

Ehhhh ingat diorang tak de package honeymoon ka?

Mehh sini dekat...SINI CLICK.

Setakat nihh aku check website ade 2 package, rege tak lain dan tak bukan rege panas serupa aku beli blackberry sebijik tambah sikit topping chocolate rice dengan kacang ekk?? Tapi untuk yang rase rege panas tu ala2 macam beli kasut Vincci *no offense yee* aje, silakan...jemput masukk. Jangan malu2 book aje! Credit card kan ade. Hehehe

Jomlahh tengok gambar pulakk pak cik google tolong carik kan, i tolong pick aje.... :D Pak cik google memang baik hahaha









Nak tengok lagi banyak gambar, pegi sendiri tengok. Tak pun google aje, biar pak cik gooogle tolong carik. Heh. Tapi, memang syok lahhhh kalau kau banyak duit. Sekian, terima kasih.

Ade tak tempat menarik lagi untuk pre-honeymoon??

p/s : Ehhhhh ingat ahkak tak teringin ke nak bergambar dekat guitar entrance tu ha? Ha? Haaa???

Friday, June 18, 2010

Life saver

Maybe aku dah sangat tua untuk menyedari hal tabung menabung.

Rase macam nak bukak account baru nak menabung untuk ke Europe. Ohhhhhhhh

Mungkin ada yang akan kate, buat ape pegi jauh2 tapi itu macam satu benda yang aku nak buat dengan bakal suami tercinte.. cheewaahhh oiii aku dah tak larat.

Benci laa jiwang2. Nak cakap ngn Paeng jom buat tabung.. tabung mangse kawin tak cukup matang. Hahahaha.

Tatata.

Monday, June 14, 2010

euro trip VS honeymoon

Have been discussing about honey moon pulak... even nak kawin maybe late 2011 muahahaha LANTAK KAU!

Eh early planning can save a lot u know... we had  a nice dinner today sebab dah lame tak jumpe since the accident... eh eh ade jumpe tapi nth laa hahahah so makan2 laa dgn si Paeng tuu then tibe2 aku pun suggest kat die, nanti kite save duit pegi menjelajah Europe nak *since itu laa angan2 aku selame nii* aku cakap kat die save laaa sikit honeymoon tak payah pegi jauh2 pastu kumpul duit kite pegi Eurotrip!!! Waahhh!!!! BANYAK DUIT KAU??!!!!

Pastu Paeng cakap, macam tu kite tak payah pegi honeymoon laa simpan je duit terus pegi Eurotrip tuuu..

Huhu mesti baru kawin nak berdua-duaan kot. Cheh. Aku cakap laa kite gi laa Sabah je kee... tak pe janji kumpul duit pegi Europe tu is a must!!!! :)

Soooo.... sambil2 kumpul duit untuk kawin bukak laa tabung baru untuk Eurotrip nanti :P

Check this out ::: http://www.expatexplore.com/bestofeurope/index.html?gclid=COfb3_rfn6ICFcxR6wodT2QSww *macam menarik ajeeee*

Daisypath Anniversary tickers