Best deal in town!!! Click dekat sini tauu :D

Saturday, April 26, 2014

925

Hari ni iols ambik annual leave. Takut nanti year end dah busy compom susah nak cuti pasal kena berebut dengan orang lain. Haihh.

Anyway, bila cuti tu bukan duduk rumah nganga jeww mestilah ada je nak buat itu ini kan.

So keluar pagi breakfast and then pergi vet nak bagi vaksin untuk si budak kicik tu. Pastu merajuk sehari. Haishhhh. Bolehlah kan???!! Geram betul.

Lepas semayang jumaat kitorang pergi The Curve nak makan Johnny Rockets katenyerrr. Kenyang gilaa okehh. Beger mushroom dia so far better than Chili's. Sebab mushroom dia ada perasa. Hehehehe. Tapi sumpah kenyang gila lepas makan memang semua nafsu nak dessert ke ape ke lenyap dah semua pasal kenyang gila tak tipu.

The burger comes with salad banyak and fries. Fries boleh tukar kalau kaya sikit sebab kena tambah RM2.50. Boleh pilih nak onion ring ke sweet potato fries.

Dah habis makan kenalah jalan, pergi Pet Safari dekat IPC. Besar gilaa aku pun jadi gila. Paeng lagi gila belikan shampoo lah, conditioner lah, snack lah, leash lah apapelahh. Aku rasa kalau dia punya duit unlimited mau satu kedailah dia borong. Haihh -_____-"

Lepas beli barang kucen jalan ikea pulak. Penat gila ok. Sebenarnya tu tujuan utama datang sana. Hahaha.

Kitorang punya kitchen taklah hebat macam orang lain punya. We'ols punya mix and match aje. Tu pun tak complete lagi sebab nak kan wall storage yang Fintorp tu. Tapi sebab nak kena drill bagai memang postpone lah dulu. Malas. Heh.

So sebab tak berapa nak complete tu terpaksa carik rack ke ape ke nak letak pantry items macam canned food ke beskut bagai. Cari punya cari aku rasalah kan yang paling seswai Josef locker tu.

Search kat tenet pulak seswai tak locker style letak kat kitchen. So designer approved lah kire pasal aku jumpa dalam blog Apartment Therapy. Heh.

Nampak kemaslah sikit compared to before. Lupa nak ambik gambo before. After punya gambo macam kat bawah ni.

Lawa tak??

Hehehehehehe


Boleh jadi our second fridge magnet display. Ataupun boleh jugak buat tempat letak memo ke note ke kann. 

Benda paling hepi sekali, meh sini nak cite sikit. Last time we'ols check harga dalam website sebijik locker tu RM149. Yang dalam gambar tu dua bijik ye. Masa nak pick up punn tengok display unit takde pun tulih diskon ke last chance ke whatever kann. So masa checkout tu OMG IOLS NAMPAK HARGA DEKAT SCREEN CASHIER IZ RM99 SEBIJIK. Memang senyum sampai telinga we'ols jimat seratus hengget. Wahhhh.

Rezeki lah tu kann. Huhuhu. Alhamdulillah, jimat sikit. Lepas tu aku ada jumpa dekat Apartment Therapy memang kenalah dekat aku. Kitorang ada beli drying rack paling murah dekat ikea. Yelahh masa mula-mula pindah dulu kan hambik je asal boleh.

But then, bila guna dia tak ada lapik bawah tu so terpaksa pinggan mangkuk basah letak atas towel dulu before letak kat atas rack tu. What's the point of having one tapi tak serve the purpose kan? T______T

So orang tu punya idea is to put drying rack on a colorful tray. Nice to see and nice to hold the dripping water. Isnt that great??? Tak payahlah nak beli yang baru dan mahal. Sila jangan membazirrr banyak lagi barang nak beli untuk rumah separa siap nihh. Huaaaa.

Comel kan? Hehehehe. 


And then beli lagi dua bijik cushion comel. Kalau pergi ikea tak sah ambil barang merepek. Gahhh.

Oklah bai.

Thursday, April 24, 2014

924

Recap of beberapa week yang lalu.

Robin punya first time balik kampung Gomeh rumah tok wan.

I made my own pin cushion. Saja nak tayang jarum peniti comel from Typo. Ehh?

Jumpa story card honeymoon Korea dulu. Heh.

Nasi kerabu bukan aku buat di House of Nasi Kerabu. Harga wise memang mahal.
Rasa wise sedaplahh. 

Ini budak memang relaa je. Ai is rela tu motto dia. Hahahaahah.

Iols is super crazy dengan mug display nihh sebab iols pun hoarder juge so sekarang mug collection makin menimbun tak tau nak store cemana. Fuhh.

Tapi risau jugak tangan-tangan anak buah bila datang rumah nanti karang tak memasal pecah kaca pecah gelas sudah baca berani balasss??? Haaa gitewww.

Anyway, bila dah kurang huru hara dengan kucen aku mulalah tak stop fikir nak make up rumahh. Haihh. Pening kepala.

Nak jahit baju pulak satu hal. Sebab we ols nak pindahkan meja komputer tu masuk bilik nak fikir nak kemas bilik yang satu tu pun dah pening. Haihhhh. Pengsan kejapp.

Oklah. Bai.

Thursday, April 17, 2014

917

Ohh hari perkahwinan ke 917 sama pulak tarikh hari ni 17 April. Hmm.

Lately tengok instagram and facebook, ramai pulak yang sama birthday month dengan aku. Heh. So happy to know that so many April babies out there yang comel dan baik hati macam saya, eh? JK.

Last weekend balik rumah my MIL. Sebab nak tanya mak sendiri mak aku penah jahit baju kurung aku pun time umur aku 3 tahun. Hahaha. So aku tanya mak mentua aku yang rajin tu macam mana nak jahit baju kurung pasal hari tu aku belajar buat jubah yang senang kacang tu kan. Ehem. Hahahahaha.


Lepas mak mentua tunjuk cara gunting bagai baru aku berkobar-kobar balik nak gunting kain. Hahahahahaha.

Biasalah, kalau ada binatang comel tu memang kerja dia pun menyeboklah. Hahaha. Orang nak menggunting, dia pun nak gunting. Orang nak bentang kain kat situ jugaklah dia nak duduk. Ish.

Tapi kalau ada template memang senang nak gunting kain. Kalau ikut tailormade satu body orang lain-lain memang jenuhlah nak melukis atas kain tuu. Huu.

So wish me luck nak buat baju kurung ni. Aku dah gunting 3 keping kain. Kalau tak jadi aku tak tahulahh. Haihhh.

Minggu ni nak hantar pergi jahit tepi dulu. Hehehehehehehe

Wednesday, April 9, 2014

909

Bulan April bulan lahir ai. So bulan ni umur ai kena tambah satu. Haihh. Dah tua macam ni pun apa ada?

Bukan tak bersyukur, tapi achievement dalam hidup tu macam tak berapa nak bintang banyaklah kan? Kadang-kadang terasa macam menyesal tak belajar rajin-rajin mungkin kehidupan lebih baik? Hmmm. Tapi aku rasalah kan, kalau aku dapat kerja tip top entah-entah mendara aku sampai sekarang. 

Itulah plan kite ni nak kemana sangat dengan perancangan Allah. Siapa tahu, tiba-tiba laki aku nak membela kucen kann? Siapa tahu tiba-tiba boss aku nak kasi gaji aku over the top sikit, ehh?

Anyway, malaslah nak cerita pasal kehidupan serba serbi yang asik rase nak merompak aje kann tapi bila fikir dosa, astaghfirullah. Lupakan jelah niat yang tal membawa ke syurga tu. Haihh.

Oklah kita cerita hepi sikit. Mestilah cerita bergambar. Ehemm.

Gambar kucen yang memahami betapa tak bestnya bila berlaku pertambahan umurr. Gahhhh.

Flower from hubby. Ini memang surprise betul. Tak expect pun. Lap yu beri beri much.

Birthday treat from the colleagues, owhh terharuuu :')

The best fren yang hobby edit gambar, siap ada arrow tu tak tahann.

Besday kad yang freshly printed from the baby sister. Ohh terharu. 

My baby sister belanja Toowoomba. Ai kesian ai pilih ciken chop aje. Ok. SEDAP. MURAH. Boleh tak harga dia lagi murah dari aku makan ikan bakar kat Bellamy hari tu. Cis. Rasa macam nak cincang je makcik tu. Grrr.

Hubby belanja Chili's, mushroom beger dia so so jeww pasal tak de gravy ke apa ke aku lagi prefer portabello mushroom beger Carl's Jr. Hmmm

Eh?? Kepten Amarekaaaaa yang terhemsemm. Arghh geram sampai rasa nak gigit rambut dia ohhhhhh. 

Oklah sebab aku rajin hari ni bawak kerja balik rumah nak sambung buat kerja. Haihh.