Best deal in town!!! Click dekat sini tauu :D

Saturday, March 21, 2015

A little surprise....


Kalau ada yang belum tahu, saya telah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel pada 19 January lepas.

Alhamdulillah dapat bersalin normal dan baby sihat sangat. Cuma sebab aku deliver during my 37th week so baby kena prolonged jaundice T__T

Sedihnya kena masuk hospital kena phototheraphy. Lepas tu yang palig seksa sekali sebab prolonged jaundice so kena cek darah and air kencing. Kena air kencing kotor pulak dahh.

Salah kami new parents kan tak tau ape. Dengar orang cakap je susu kambing bagus. Memanglah bagus. Untuk maknya bukan anaknya. So kitorang ingat ok bagi susu kambing kat baby. Hemmpphhh. Rupanya lepas adik aku pergi kursus kawin hari tu ada pegawai kesihatan bagitahu kandungan protein dalam susu kambing tu tinggi tak seswai utk baby. Huaa lagi. Tu yang baby kena kencing kotor sebab protein tinggi dalam air kencing.

Lagi satu problem pulak, susu aku tak berapa nak banyak so kenalah campur dengan susu formula. Mahal pulak tuuuu. Aduhai. Aku pun risau cemane nak bagi susu time keja nanti. Haihh nangis lagi. Nangis dalm hati je tauu bcos iols tak menangis depan orang tauu *elehh konon*

Hahahaha

Lepas tu bila risau macam2 mulalah google jumpa freemie. OMG ekcited gilaa dapat pakai. Tak sabar2 lah nak pump untuk next session.

Tu jelah nak bagitahu.

Jap nak letak gambar latest baby Taarique Daniel.


Bai.

No comments:

Post a Comment