Best deal in town!!! Click dekat sini tauu :D

Saturday, April 25, 2015

Mama fou routine

Balik keje amik hasben dekat KL Sentral.

Dari KL Sentral terus rumah nanny baby Taarique.

Ambil Taarique, pastu dinner dulu before balik rumah.

Balik rumah tidurkan baby.

Baby tidur baru basuh botol susu, simpan susu yang pam kat opis tadi dalam freezer, basuh baju baby, angkat baju baby yang semalam, lipat baju baby.

Kemas rumah sikit. Itu pun kalau rajin.

Kemas bag baby untuk besok.

Pam susu kalau rasa susu banyak lagi.

Main handphone. Tengok instagram, kot kot ada baju comel ke, nak raya kann. Hewhew. Layan chat mane yang rase nak layan.

Habis pam, simpan susu dalam freezer. Basuh segala mak nenek pam susu tu. baju dah basuh kena sidai pulak.

Dah sidai baju sambung main handphone sambil tertido. Ngehngehngeh.

Malam terbangun baby dah bising nak susu. Bagi susu tido balik.

Tiba-tiba dah pukul 5 baru ingat tak solat isyak lagi. Bangun solat terus kemas bag pam aku. Masukkan botol susu dalam bag baby. Cek2 barang cukup tak untuk baby.

Pegi mandi siap2 nak pegi keja.

Baby dah bangun tukar pampers and bagi minum susu.

Pastu keluar rumah hantar baby pergi rumah nanny.

Terus pegi keja hasben bawak sampai KL Sentral. Dia turun kat situ aku terus pegi keja.

Habis keja ulang balik yang kat atas tuu. Huuuuu

Belanja satu gambar Taarique masa aqiqah hari tu.

Bai.

No comments:

Post a Comment