Best deal in town!!! Click dekat sini tauu :D

Thursday, April 12, 2012

Korea - day 2

Bangun pagi entah pukul berapa.

Siap-siap entah pukul berapa.

Kuar motel (motel pun tak tau nama apa sebab tulisan Korea ahaha). Murah je, satu malam  ₩35,000.



Pastu tanya-tanya orang nak pergi Seoul Station. Rupanya dekat sangat dengan motel. Jalan 10minit je. Ahahaha.

Pastu sampai Seoul Station, cari line yang pergi Express Bus Terminal Station.

Sampai je kat Express Bus Terminal, cari tempat jual tiket bas express pergi Sokcho city. Harga tiket memang best, ₩17,000 seorang. Huhu. Ni adalah 2 jam setengah dari Seoul.

Sampai je kat Sokcho bus terminal kenalah jalan sikit bagi kena angin laut yang sepoi-sepoi ala membekukan tulang. Nak naik shuttle bus pergi Sorak Park Hotel.

Tambang bas ni sekali baik ₩1,100 seorang. Pastu naik jelah.

Pastu sebab hotel tu kira atas bukit jugak, agak-agak tak larat nak naik berhentilah dulu makan berkelah kat bawah kejap. Ahaha.

Haaaaaaaaa sampai pun.



Lepas rehat-rehat tu, terasa lapar pulak sebab tak berkelah kan masa datang. Straight naik hotel sebab dah tak sabar nak baring-guling-baring.

So kitorang dengan hati yang penuh pengharapan boleh kot dapat makan fish n chips pun jadilahh sebab dah tanya manager tu restaurant serve Korean & western food.

Turun je pergi restaurant, punah segala harapan tapi perut dah lapar ni. Orderlah RICE WITH MIXED MOUNTAIN VEGETABLES SERVE IN HOTSTONE DISH.



Orang Korea panggil bibimbap. Yummmmmeehhhhh. Tapi sesetengah kedai ada serve daging sekali. Tapi hotel ni takde. Pork free kot sebab menu die langsung takde. Ada beef aje. Dengan seafood.

Lepas makan barulah ada tenaga jalan-jalan. Hehehe.

Jalan sampai petang aje. Malam takut sebab kawasan macam ape je. Orang datang pun sebab nak pergi Seorak National Park.

Kitorang nak pergi esoknya sebab petang dia tutup pukul 7. Ehehehe.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment