Best deal in town!!! Click dekat sini tauu :D

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 4, 2014

1148

Welcoming December......




Thursday, November 27, 2014

1144

Robin yang semakin membesar menggemuk.

Gambar laki bini cuti-cuti mesia kat Penang.

Gambar cendol cantik makan dekat Penang. Heh.

Gambar jambatan mesti kena ada kalau pergi Penang. Next year, insyaAllah datang lagi... Eh?

Gambar shelfie diambil selepas berpenat lelah membanting tulang gotong royong bersihkan rumah. 

Ehem. 

Gambar laki bini pada hari pernikahan abang Jijan.

Abang Jijan dan bini.

Gambar family. 

Souvenir paling unik aku pernah dapat dari rumah pengantin. Table centrepiece ni DIY oleh bapak pengantin perempuan. Omaigaddddd I LOIKE.

Tu jelah recap for November. Tak sempat nak ber-Movember. Hehehe

Anyway, congrats to Jan and Nadia. Have a bless marriage. Semoga berkekalan hingga ke Jannah.

Sekarang aku yang tengah bersarat ni memang sumpahlah rase nak beranak sekarang jugakkkk. Huaaaaaa. Setiap malam tidur tak lena nak makan pon tak best. Nak buat kerja ape pon tak syok. Lagi-lagi bila dekat opis. Huaaaaa. 

Apape pun, doakanlahh semoga semua dipermudahkann. Amin.







Monday, October 13, 2014

1095













Dah lama tak update. And currently with 23weeks pregnancy. Nothing much happenned during the last couple of months.

Still macam tak percaya boleh pregnant during my early days. Sebab sangat tak mak mak kann. Bila dah 5months++ ni baru nak percaya. Ehh. Hahaha. Baru nak percaya ada makhluk hidup dalam perut ni. Haha. 

Tapi syukur Alhamdulillah for the miracle. Bila test tu macam ehhh boleh dua line pulak sebab banyak kali test tak pernah dua line. Hohoho.

Syukur jugak sebab morning sickness tak terukk. Kelaparan yang teruk. Tapi during ramadhan I lost 4kgs, man! Maybe sebab tak lalu nak makan lepas tu Paeng kena buat nasi goreng untuk sahur kalau tak tak lalu nak makan. Hehehe. 

Aku yang dah memang sedia malas ni lepas peknen jadi lebih pemalas. Tapi mestilah kena rajin jugakk siapa nak buat kerja rumah takkan nak harap laki aku sorang yang buat kannn hahahaha

Tapi tengah peknen aku asyik nak makan eskremm jee hahaha.

InsyaAllah due end of January. Doakan aku smooth delivery. Amin.



Saturday, May 10, 2014

941

Robin yang makin membesar. Haih makin nakal.

Hari tu sampai awal ofis purposely pergi stabak nak beli hot latte pasal nak white cup ni pasal geram tengok orang lain buat.

Front and back using Artline marker black and gold. Ini more to Kate Spade inspired. Tapi sebab sekarang hot design and style kaler gold so aku guna gold marker. It did make a lot of difference compared to kalau polkadot black and white kann. Hmmmm.... Sorilah iols tak pandai melukis or doodle itu yang hasilnya macam budak enam tahun punya. Heh.

Aku tengah fikir-fikir nak letak langsir dekat dapur tu sebab tingkap tu macam kosong so mestilah nak letak something. Lepas tu jumpa kitchen curtain ideas dekat pinterest guna tea towel. OMG. Aku ada banyak sayang nak guna buat lap tangan kaki meja. Hahaha.

Beli je tea towel tu sebab cantik from Typo. Harga dia RM15 with any purchase. Kalau tak sehelai RM30. Mahal kan? Lepas tu cantik pulak tu. Kann??

Hari tu dia keluar design baru aku beli jugak tapi sekeping aje sebab nanti tak guna buat apa. Kain lap dekat dapur aku pakai towel good morning tu je. Besar pastu kuasa serapan superb jugak. Lepas tu murah tak heranlah nak lap segala. Heeheheh and of course masuk Remodelista designer kuar towel good morning dia berharga entah berapa puluh dollar sebijik. Aku beli kat Tesco baru tak sampai soploh hengget dapatlahh beberapa keping tak ingat.

Currently, aku tengah cat cermin RM30 yang hubby beli masa Equotorial hotel nak renovate hari tu. Sekali set lah tu dengan kerusi rotan dua bijik tu. Dengan side table dua bijik jugak and a lame table lamp. Tapi side table tu belum fikir nak buat apa.

Aku lupa letak mana masking tape aku guna washi tape aje. Haihh. Tapi kalau tak habis-habis washi tape aku tak boleh lah beli baru. Eh? Hahahahahaha

Aku harap the cermin turn out well lah pasal malas nak repaint ke apa. Mulanya nak kaler kuning tapi nanti susah pulak nak match dengan barang rumah even though kerusi makan tu kaler kuning. Hmmmm.

Sekarang planning nak kemas dulu bilik yang lagi satu yang buat sumbat barang tu. Hahahaha.
 
Lepas tu teringin nak buat terrarium ke ape ke macam ni.



Cakap dengan hubby nak pergi Cameron Highland nak beli cactus banyak-banyak. Hehehe lepas tu hari ni hubby balik dia bawak balik 3 bijik cactus. So sweet.

Takpelah susun macam ni dululah before beli bekas besau sikit. Hahaha.

Lagi satu, aku baru start pakai Photoshop Express app. Sumpah filter lawa gile. Hahaha. Super loike.

Okbai.



Monday, May 5, 2014

935



Wedding Azah dekat Port Klang pastu bila jumpa ex-skoolmate yang batak nak pakai monopod macam nilahh. Lol.

Makan-makan dekat Pizza Hut with colleagues. Pasalnya ada satu team tu menang treasure hunt hari tu so nak share makan-makan. Soo sweet. Awwwww.

Ini buat banana chocolate shake pasal hubby beli pisang nak buat cekodok. Beli banyak sangat. Pisang tak boleh biar lama nanti buruk. So potong-potong masuk freezer. Bolehlah buat smoothies or whatever chu'ols sukaa.

Sekarang I cant stop thinking about painting the doors in the house. Haihh.





Gambar sumber pakcik google ehh.

Crazayyy over these doors. But of course lah kan aku taklah daring sangat kan nak buat pintu macam tu tapi yang chevron tu cantik sangattt aaaaaaaaaaa.

Kalau chu'ols ghaye umah iols tahun ni nanti iols punya pintu bergaya baruu lahh ekk heehehehehehhehehe

Okbai.

Friday, May 2, 2014

Something something

Bukan nak burukkan nama dia. Tak berniat pun. Bukan nak downkan bisnes orang. Aku pun pernah buat bisnes. Handmade juga. Bukan sikit pun nak dengki dengan dia.

Aku rasa masa aku mula order dulu macam excited gila sebab percaya yang dia mesti jaga kualiti sebab kononnya paling bagus and pioneer. Entah celah mana pioneernya sebab mat saleh dah lama main celup-celup nih.

Lepas tu disebabkan kuasa percaya tu lah aku siap order baju untuk hasben untuk aniberseri. Masa tulah. Last year. Aku pun tak persoalkan tentang harga. Kononnya handmade. Fine.

Bila waktu delivery kasi alasan kata baju tak mencapai kualiti whateverlah kan. Ok. Aku tunggu sebab janji nak bagi before our aniberseri. Fine. Aku kan penyabor tak berapa banyak tapi whateverlah kan. Percaya punya kuasa.

Lepas tu sampai baju yang diorder tu, hasben aku pun tak lalu nak pakai. Gambar baju aku dah delete dari fon. Kecik hati aku pasal dah order special kononnya. Haih. Sedih betul. Bila mintak refund mintak maaf pun tak ada sebab baju celup tah pape. Hasben kate malu nak pakai macam baju buruk. Lepas tu dia kata jenis kain baju yang dia guna tu kosnya tak sampai soploh hengget. Whatt????????? Bodohnya aku tertipu dengan gambar-gambar bodoh dia. Haihhh.

Aku telan air liur aje pasal aku pun order untuk diri sendiri jugak. Pun buruk tapi aku telan jugaklah kann pakai buat tidur je. Harga RM50 sehelai okehh???? Kalau lime puluh hengget tu aku dah boleh dapat baju MNG ke, adidas ke, nike ke dak???

Lepas tu aku cuci pun kaler tanggal and dia punya tag pun tanggal. Bila aku whatsapp satu apa pun tak reply. Ini ke nama buat bisnes? Konon dah masuk magazine lah, tibi lah. Kononnyalah kan. Tapi bila macam ni buat dek je. Kau jual baju doploh hengget aku boleh accept. Kau jual lime ploh hengget pastu bila bagi feedback macam ni??? What the eff mann????

Aku pun kurang arif pasal hak aku sebagai pengguna. Tapi kalau dah macam tu punya kualiti kau hentam aku sampai lime ploh hengget kau ingat halal ke meniaga macam tu?? Aku pun buat bisnes handmade dan aku pun paham barang handmade ni ada cacat cela sebab kita kan manusia. Tapi cacat cela tahap mana yang manusia lain boleh terima??

Bukanlah aku nak tunjuk pandai ke kau yang lagi pandai ke tapi kadang-kadang kuasa percaya yang orang lain dah bagi dekat kau tu macam sia-sia jelah pung pang bagai tapi kualiti memang tahap kau sendiri pun tak lalu nak pakai ape benda. 



Aku bagi whatsapp 30 March ari tu, sampai sekarang tak berbalas. Kamonlah busy sangat ke mencelup????

Aku tak tahulah aku sorang je ke yang bodoh nih?

Lima puluh hengget baju pasar kau ni memang nak suro aku buat lap kaki ke wehhh??????

Kerana kau BELLALUNA HAMPEH OMBRE, rosak susu sebelanga. Ehh?

Konon sangatlah nak brand sendiri bagai. Haihh.

Diam itu pintar, bak kata KRU. Tapi kalau aku diam-diam nanti makin ramai orang kena tipu dengan dia.

Itulah.

Cakap banyak-banyak karang disamannya aku karang. Dahlah aku ni orang kebanyakan, manalah nak celen dia yang kaya raya tu, dahlah pakai Jazz, ada tunang hemsem (hemsem kee?), mak ayah kaya, untunglahhh. Ehh? 

Ingat, dunia ni berbentuk sfera, takut nanti kau tiba-tiba dekat kutub selatan pulak. Payah nak balik mesia balik?

P/s : Entri ini ditulis tanpa niat memalukan pihak yang berkenaan tetapi lebih kepada testimoni dan hak sebagai pengguna dan peringatan kepada future pembeli. Entri ini jugak tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa. Jika anda terbaca entri ini, segala unsur-unsur berbaur hasutan adalah dibawah tanggungjawab anda.

Pp/s : Bellaluna tu nama dia cik Azimah hahahahahahahaahahah kalau dia letak Azimah Ombre mesti tak ada orang beli. And then konon macam nak nampak macam classic laaa kasik nama ombre jeans ko peah la timah la joyah lah sebab kalau orang tau nama kau Azimah taklah pelik sangat kan? Ahahaahaha hai lah manusia. Macam-macam jenis punya orang.

Thursday, May 1, 2014

931

Hari ni iols bangun awal pagi semata-mata nak pergi treasure hunt by apa charity dekat Sunway Pyramid. Kecil-kecilan punya event jeww sebab buat dekat Simply Penang yang cenonet tu.





Lepas treasure hunt pergi kareoke. Fuh.

Penat rasanyaaa. Kaki pun lenguh. Before balik tu singgah drive thru Starbucks. Aku memang peliklah since semalam lagi ramai orang dekat Starbucks. What the efff mann???

Anyway managed to get the new drinks, Caramel Ribbon Crunch. Nyummy.


Finally home by 5pm. Gahhh. Penatnya. Lepas tu layan movie sekejap.

And then terasa macam dah lama tak pamper mandi ber-scrub. So tadi mandi scrub satu body iols rasa kulit iols macam baby OMG SANGAT LEMBUT MACAM SUTERA. Eh???



Lepaih mandi I was so much in the mood to get crafty iols ambil wooden symbol and some of my washi tapes from my collection. Ehh collection sangat tak sampai doploh lagi punnn.

The easiest DIY ever! Siapa tak reti meh sini ketuk tangan. Hahaha nanti iols rajin iols buat untuk huruf lain pulak lah. Hehehehe.

Tak sabar nak washi-fy satu rumahh tapu nanti hubby mesti cakap aku gila. Hahahaahahahahahahh

Gambar hiasan.

Gambar hiasan.

Ok bai.
Daisypath Anniversary tickers