Best deal in town!!! Click dekat sini tauu :D

Saturday, May 10, 2014

941

Robin yang makin membesar. Haih makin nakal.

Hari tu sampai awal ofis purposely pergi stabak nak beli hot latte pasal nak white cup ni pasal geram tengok orang lain buat.

Front and back using Artline marker black and gold. Ini more to Kate Spade inspired. Tapi sebab sekarang hot design and style kaler gold so aku guna gold marker. It did make a lot of difference compared to kalau polkadot black and white kann. Hmmmm.... Sorilah iols tak pandai melukis or doodle itu yang hasilnya macam budak enam tahun punya. Heh.

Aku tengah fikir-fikir nak letak langsir dekat dapur tu sebab tingkap tu macam kosong so mestilah nak letak something. Lepas tu jumpa kitchen curtain ideas dekat pinterest guna tea towel. OMG. Aku ada banyak sayang nak guna buat lap tangan kaki meja. Hahaha.

Beli je tea towel tu sebab cantik from Typo. Harga dia RM15 with any purchase. Kalau tak sehelai RM30. Mahal kan? Lepas tu cantik pulak tu. Kann??

Hari tu dia keluar design baru aku beli jugak tapi sekeping aje sebab nanti tak guna buat apa. Kain lap dekat dapur aku pakai towel good morning tu je. Besar pastu kuasa serapan superb jugak. Lepas tu murah tak heranlah nak lap segala. Heeheheh and of course masuk Remodelista designer kuar towel good morning dia berharga entah berapa puluh dollar sebijik. Aku beli kat Tesco baru tak sampai soploh hengget dapatlahh beberapa keping tak ingat.

Currently, aku tengah cat cermin RM30 yang hubby beli masa Equotorial hotel nak renovate hari tu. Sekali set lah tu dengan kerusi rotan dua bijik tu. Dengan side table dua bijik jugak and a lame table lamp. Tapi side table tu belum fikir nak buat apa.

Aku lupa letak mana masking tape aku guna washi tape aje. Haihh. Tapi kalau tak habis-habis washi tape aku tak boleh lah beli baru. Eh? Hahahahahaha

Aku harap the cermin turn out well lah pasal malas nak repaint ke apa. Mulanya nak kaler kuning tapi nanti susah pulak nak match dengan barang rumah even though kerusi makan tu kaler kuning. Hmmmm.

Sekarang planning nak kemas dulu bilik yang lagi satu yang buat sumbat barang tu. Hahahaha.
 
Lepas tu teringin nak buat terrarium ke ape ke macam ni.



Cakap dengan hubby nak pergi Cameron Highland nak beli cactus banyak-banyak. Hehehe lepas tu hari ni hubby balik dia bawak balik 3 bijik cactus. So sweet.

Takpelah susun macam ni dululah before beli bekas besau sikit. Hahaha.

Lagi satu, aku baru start pakai Photoshop Express app. Sumpah filter lawa gile. Hahaha. Super loike.

Okbai.



No comments:

Post a Comment